Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)

Hebat!Restoran Pizza akan dibuka di Bulan.

Arif Jemali | Selasa, Oktober 04, 2011 | 0 ulasan

Domino's Pizza, Inc. mendedahkan rancangan mereka untuk membuka cawangan restoran di bulan pada suatu hari nanti.

Syarikat itu sebelum ini telah pun melantik firma Maeda Corp. bagi merangka pelan pembinaan cawangan restoran itu di bulan.

Pembukaan restoran Domino's di bulan itu dianggarkan akan memakan kos berjumlah AS$2.2 bilion (RM6.5 bilion) dan memerlukan penghantaran 15 roket ke bulan untuk menghantar bahan binaan.
Syarikat itu juga merancang untuk membina kawasan rekreasi yang besar di dalam kompleks restoran itu dan kakitangannya perlu tinggal di bulan.

Jurucakap syarikat, Tomohide Matsunaga berkata, beliau percaya pada masa depan, terdapat ramai orang tinggal di bulan.

Katanya, ketika itu pelanggan boleh memilih sama ada mahu makan di restoran itu atau makanan dihantar kepada mereka oleh petugas Domino's yang memakai pakaian angkasa lepas.
Walaupun rancangan itu dianggap tidak masuk akal, pegawai-pegawai Domino's tetap berkeyakinan terhadap pelan masa depan itu.

Beliau, bagaimanapun mengaku akan menghadapi masalah logistik sebelum impian itu dapat dilaksanakan.
Beliau juga berkata, belum ada tarikh ditetapkan untuk pembinaan restoran pertama

Category:

0 ulasan

Entry Yang Menarik