Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)

Nokia N9 Disokong Sehingga 2015 – Jualan Di Malaysia Bermula Jumaat Ini

Arif Jemali | Khamis, Oktober 06, 2011 | 0 ulasan


Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini Nokia Malaysia secara rasminya telah pun mengesahkan yang mana Nokia N9 akan mula dijual di Malaysia bermula daripada 7 Oktober ini, iaitu pada hari Jumaat ini, sekaligus menjadikannya sebagai peranti pertama MeeGo dipasaran tempatan, dan ditawarkan dalam variasi 16Gb dan juga 64Gb.

Nokia N9 akan mula dijual di Malaysia dalam variasi 3 warna, iaitu hitam, cyan, dan juga magenta. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan perisian Nokia Link, membolehkan anda menguruskan fail dengan mudah terus melalui komputer anda. Melalui Nokia N9, ia menggunakan sistem operasi MeeGo, dengan cip pemprosesan 1GHz Cortex A8, RAM 1GB, skrin AMOLED seluas 3.9-inci, sokongan NFC padanya.

Nokia N9 16GB akan dijual pada harga1799 manakala Nokia N9 64GB akan dijual pada harga RM2088. Celcom dan DiGi turut sama dijangka akan memperkenalkan pakej dan pelan khas untuk Nokia N9 tidak lama lagi.

Bersama-sama dengan itu, Nokia Malaysia turut sama mengatakan yang mana Nokia akan memberikan sokongan untuk Nokia N9 sehingga sekurang-kurangnya 2015 kelak, termasuk dari segi kemaskini perisian, dan juga khidmat sokongan pelanggan.

Category: ,

0 ulasan

Entry Yang Menarik