Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)


Angkat Kain Nak Tayang Apa?

Tidak boleh dinafikan sikap dan perangai budak-budak sekolah masa kini amat berbeza dari masa beberapa tahun lalu.
Arus kemodenan dibantu dengan teknologi seperti internet dan telefon bimbit, membolehkan aksi-aksi yang kurang senonoh bukan sahaja dirakam dengan mudah, malah disebarkan dengan pantas.
Cuma tidak berapa dapat difahami mengapa ada budak sekolah yang hendak buat aksi angkat kain?
Nak tayang apa dan nak tayang kat siapa?
Jangan marahlah, tapi untuk yang buat aksi ni, jaminan kerja sebagai GRO memang dah ada.
Kalau muka cun, mungkin mahal sikit, tapi kalau muka tongkang pecah pun masih ada keje, cuma tips kuranglah.
So, kalau tak kisah jadi GRO, teruskanlah menayang segala aset yang ada.
Gaji dan jumlah tips yang diinginkan boleh dirunding.
Tapi, kalau tak berminat nak bagi tetak kena ramas dengan jantan yang tengah stoing todi, elok ubahlah perangai dari sekarang.
Zaman persekolahan datang sekali, kalau nak berjaya dari segi pelajaran, inilah zamanya.
Nak jual body jugak, kau punya pasal la…kau pastinya bukan adik perempuan atau anak aku.
Oleh: AK-47
Siti Nurhaliza MENGANDUNG?

Malaysian need happy news ! xD



Mengandung? Not Yet Dear....- Siti Nurhaliza



Dah nama penyanyi terkenal, segala tindak tanduk waima mengandung tak mengandung, semuanya menjadi perhatian dan buah mulut masyarakat terutama peminat.
Begitulah yang terjadi dengan Datuk Siti Nurhaliza. Setahu penulis, gossip yang beliau mengandung ni dah acapkali kedengaran namun ‘tak berisi’ juga.
Sudah tentu Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K mengharapkan cahaya mata bagi menyerikan kehidupan rumah tangga mereka namun penulis yakin, mereka tentu pasrah dengan ketentuan-Nya.
Terbaru, gosip hangat yang berlegar di Internet ialah Siti Nurhaliza dikatakan memberitahu pada penonton-penonton televisyen Singapura selepas persembahan tahun baru di negara itu yang dia telah mengandung.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan ramai juga yang berspekulasi yang ianya hanya khabar angin.
Tetapi perkara yang tidak dapat disangkal tentang kemudahan masa kini, laman sosial membolehkan peminat berkomunikasi secara langsung dengan selebriti kegemaran mereka dan bertanya sendiri tetang kesahihan sesuatu berita itu.
Yang pastinya, Siti Nurhaliza telah menafikan yang dia telah mengandung melalui Twitternya beberapa jam lepas:-

Semoga kehadiran 2012 bakal membawa khabar gembira untuk mereka berdua, Insya Allah – Oleh SYAHRIL A. KADIR



Clcik sini untuk masuk ke website -->SINI


kaka
Pemain Real Madrid, Kaka bakal masuk Islam?
Tonggak utama Real Madrid, Kaka dikatakan bakal masuk Islam selepas beliau dan isteri mengikuti sebuah majlis ilmu mengenai pengenalan terhadap Islam di salah sebuah masjid di Dubai.
kakaka
Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam,Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai. Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih.Kalau berita nih benar alhamdulillah.Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa..

Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonto


Walaupun dipuji melambung oleh peminat-peminat industri hiburan tanahair dan mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM10.01 juta sehingga 30 Disember lalu, Ombak Rindu tidak terlepas melakukan kesilapan.
Sebuah blog pengkritik filem, Goofspotonfilm.blogspot.com (Goof Spot), menyenaraikan lebih 20 kesilapan filem Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut setelah diteliti dari sudut ‘shot’, audio dan visualnya.
Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti oleh pemilik blog itu ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.
“Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur.

“Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam,” dakwa pemilik blog tersebut.
Menggelikan hati, Goof Spot turut mendedahkan mengenai sikap ambil mudah produksi Ombak Rindu mengenai pakaian yang dipakai hero filem, Haris, yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali.
“Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah.

“Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek.

“Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.

“Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3,” katanya menyindir tentang logik filem tersebut.

Selain itu, Goof Spot turut mempertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.
“Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot,” katanya lagi.

Blog itu turut mempersoalkan mengenai sebuah bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana.
“Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah,” katanya kecewa kerana gagal mengesan bakul sampah itu.

Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai, tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut.

Pemilik blog itu juga mempertikaikan mengenai pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu.
“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya.

“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu,” kritiknya lagi.
Goof Spot turut mendedahkan ‘auta’ filem itu pada adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah dan nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016.
“FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit).
Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah,” kata pemilik blog itu mendedahkan kelemahan filem itu.
Untuk melihat dan membaca lagi kelemahan-kelemahan filem ‘air mata’ itu, para pembaca boleh melayari blog tersebut di “http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-2011.html”.
Bagaimanapun, syabas kepada Ombak Rindu dengan penghasilan karya yang indah menyayat hati serta mampu menyentuh perasaan ramai peminat industri filem tanahair pada penghujung tahun 2011 ini dan kesilapan-kesilapan kecil ini mungkin dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Pencipta tayar kereta Brian Russell memperkenalkan satu lagi tayar non-pneumatik berupaya secara aktif menyerap dan membebaskan tenaga hentakkan. Syarikat ini bagaimanapun berhenti mengemas kini laman web mereka di sekitar '08 atau '09, jadi projek ini pada mulanya digambarkan ini merupakan satu lagi teknologi yang telah terbengkalai, tetapi pihak syarikat bagaimanapun masih menjawab pertanyaan di YouTube baru-baru ini mengatakan produk hanya terperangkap dalam pembangunan yang pesat.


 
 


PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor. - Foto Effendy Rashid
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said.
Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.
Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.
“MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
“Selain itu, MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
Beliau berkata MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang ditambahbaik.
Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).
Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.
“JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.
“Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Katak Terbesar Di Dunia
Goliath Frog, katak terbesar dunia

Pernahkah anda melihat katak sebesar seekor kucing? Berasal dari Sungai Benito, Cameroon, Goliath Frog diiktiraf sebagai katak terbesar di dunia. Berat katak ni boleh mencapai kira-kira 3.3 kg dan panjangnya pula sehingga 33cm. Kanak-kanak di Afrika sudah biasa dengan katak ini dan mungkin juga dijadikan binatang kesayangan dan peliharaan.

Katak Terbesar Di Dunia
Kanak-kanak ini sudah biasa dengan Goliath Frog

Katak Terbesar Di Dunia
Saiz katak yang boleh menyamai seekor kucing


Info Gallery - Jadi haiwan peliharaan lak.. =D



Comel x? xD

Kereta api laju generasi baru China ini mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam.
Kereta api laju generasi baru China ini
mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam.

KERETA api laju generasi baru siri CRH buatan China yang mampu mencapai kelajuan 500 kilometer sejam menjalani ujian pertamanya di Qingdao, wilayah Shandong pada hujung minggu lalu.

Ia bakal menjadi kereta api paling laju di dunia.

Kereta api buatan syarikat CSR Corp. Ltd. itu mempunyai bentuk kepala menyerupai pedang purba China dan gerabaknya diperbuat daripada bahan plastik yang diperkuatkan dengan fiber karbon.

Ia mempunyai kuasa tarikan maksimum 22,800 kilowatt berbanding model CRH380 yang mempunyai kuasa tarikan 9,600 kilowatt. Pada masa ini kereta api berkelajuan tinggi CRH380 yang digunakan untuk laluan Beijing-Shanghai memegang rekod sebagai kereta paling laju di dunia dengan kelajuan 300 kilometer sejam.

kredit: utusan.com.my

Elakkan stress semasa belajar untuk 'exam'Elakkan stress semasa belajar untuk 'exam' [Gambar oleh collegelifestyles.org]
Belajar untuk peperiksaan akhir, ujian atau kuiz membantu meningkatkan stress. Stress juga sudah sedia terbina dalam situasi dimana anda harus mengingati sesuatu informasi yang penting dalam kelas beberapa bulan yang lalu, perkara terakhir pelajar akan lakukan adalah menambah lagi stress didalam peperiksaan, ujian atau kuiz. Berikut adalah tips berguna untuk anda elak daripada stress.
Kurangkan Jadi 'Burung Hantu'

Kebanyakkan pelajar, terutamanya yang selalu ulangkaji pada saat akhir, mengulang kaji pada waktu malam. Ini mengakibatkan mereka berasa letih pada hari berikutnya, adakah dengan situasi mengantuk dan letih akan membantu anda pada hari berikutnya? Kajian terbaru mengatakan 'tidak'. Kajian dalam edisi Januari 2011,Behavioral Sleep Medicine mendapati pelajar dimana selalu tidur lewat untuk belajar mendapat lebih kurang PNG (GPA) berbanding pelajar yang lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang tidur lewat bukan kerana untuk belajar, tetapi sudah didapati ia sebagai rutin mereka untuk belajar lewat malam. Bagi mereka yang inginkan gred lebih tinggi, hentikan belajar lewat malam.

Kurangkan Kafein

Kafein dan pelajar adalah sahabat baik dalam bekerjasama untuk mengulangkaji pelajaran.  Kafein boleh didapati dalam minuman seperti 'energy drink', kopi dan sebagainya. Kajian mengatakan kafein dapat membantu dalam meningkatkan pretasi tetapi dalam masa yang sama mempunyai kelemahan. Kajian menunjukkan pelajar yang meminum minuman kafein akan mengalami sakit kepala dan jantung berdebar-debar. Kafein juga mengurangkan rasa mengantuk dan mengakibatkan tidak cukup tidur, ini mengakibatkan anda tidak berasa segar pada waktu pagi. Dapatkan tenaga extra secara natural seperti makan makanan sihat dan juga bersenam, termasuk kualiti tidur yang dijaga.

Belajar Dengan Situasi Gembira, Bersama Rakan Yang Ceria?

Idea untuk belajar bersama rakan adalah baik, tetapi ia boleh bertukar menjadi sebuah kumpulan gossip jika anda silap untuk cari tempat atau rakan yang baik. Cari tempat yang sesuai untuk belajar berkumpulan. Elakkan belajar ditempat-tempat sibuk seperti restaurant atau lebih teruk lagi di bilik, kerana ia akan mengganggu pembelajaran anda. Cari tempat yang sunyi dan atmosfera yang sesuai seperti di perpustakaan. Cari rakan yang komited dan bertanggungjawab untuk mendapat input dan level yang sama tinggi daripada belajar berkumpulan.

Tunggu Sehingga Saat Akhir dan Berdebar-debar?

Banyak pelajar suka melakukan cara ini malah Bill Gates sendiri mencadangkannya, tetapi ia adalah cara paling berisiko dan anda harus fikirkan mengenainya. Perkara pertama adalah anda tidak sempat habis dalam masa yang sepatutnya dan masuk ke dewan dalam keadaan tidak bersedia. Kedua adalah anda akan mencari cara untuk menguasai masa dengan menggunakan kafein dan tidur lewat untuk belajar. Akhir sekali anda akan berdebar-debar akibat adrenaline dan masukkan informasi kedalam memori jangka pendek. Masa yang sesuai adalah mengulangkaji seminggu atau lebih awal daripada tarikh tamat tempoh.

Sentiasa Mengingatkan Diri Sendiri Kepada Perkara Penting?

Mengingati perkara penting mengenai peperiksaan akan menjadikan motivator yang baik untuk belajar, tetapi terlalu fokus akan memudaratkan. Jika anda adalah jenis pelajar yang berhati-hati, bimbang akan perkara buruk bakal berlaku dalam peperiksaan yang ketara, sudah tiba masanya untuk anda alihkan tumpuan. Ini kerana terlalu bimbang kepada ujian atau peperiksaan akan mengakibatkan anda melakukan kesilapan dan mendapat skor yang lebih rendah daripada sepatutnya. Elakkan terlalu obses, sentiasa berfikiran positif dan elakkan daripada kebimbangan yang melampau.



Setahu penulis, filem komedi Hantu Kak Limah berdasarkan sebuah kisah seram yang berlaku di Perak tetapi sekarang ini tengah kecoh yang ia muncul di Marang, Terengganu, pulak dah!
Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang yang seakan-akan hantu Mak Limah sejak lebih seminggu lalu.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.
Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.
“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya pada Sinar Harian.
Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya.
Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.
Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.
“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.
Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.
“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.
Penulis dalam bab ni pening kepala pun ada juga. Nak percaya pun susah, taknak percaya pun susah…maklumlah benda-benda ghaib memang wujud sebenarnya.
Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang dan hantu, yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin, dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia.
Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata.
Datuk Dr Haron Din pernah menyatakan, sepotong ayat al-Quran ada menyebut,”sesungguhnya mereka (mahkluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka.”
Namun demikian, katanya, Allah mengizinkan makhluk halus menyerupai rupa bentuk seperti ular hitam yang menakutkan, bayang-bayang, angin ribut dan sebagainya.
 ”Yang saya tahu, makhluk halus boleh dilihat dengan rupa bentuk yang lain tetapi bukan dalam bentuk asal mereka,” katanya.
Beliau mengisahkan pernah berlaku, ada iblis yang menganggu Rasulullah s.a.w. ketika solat lalu Rasulullah s.a.w. menangkapnya dan terlintas nabi untuk menambat makhluk tersebut di salah satu tiang masjid, sehingga dapat dilihat dan dipermainkan oleh kanak-kanak Madinah.
Namun niat itu dibatalkan kerana katanya, Rasulullah teringat kepada sepotong ayat Al-Quran, yang merujuk kepada Nabi Sulaiman a.s. yang telah pun memohon kepada Allah untuk memberinya kuasa luar biasa dan kuasa memiliki semua jenis makhluk halus, angin dan awan yang tidak boleh ditiru atau dimiliki  oleh mana-mana manusia selepasnya dan sehingga ini, tidak ada satu riwayat daripada para sahabat yang pernah melihat melihatkan mahkluk halus yang ditangkap oleh Rasulullah itu.
Katanya, dalam Perang Badar, ada juga kumpulan iblis menyerupai rupa bentuk manusia untuk membantu tentera musuh, yang akhirnya cabut lari setelah berhadapan dengan tentera Islam dan semua kisah ini menunjukkan mahkluk halus boleh menyerupai pelbagai rupa tetapi tidak kepada bentuk asal mereka. Wallahualam
 - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Entry Yang Menarik