Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)

Nenek jual Alat Bunuh Diri

Nashrah Ghazali | Selasa, Disember 20, 2011 |

SAN DIEGO: Seorang nenek yang menjual kit bunuh diri dari rumahnya di California, mengaku bersalah atas kesalahan undang-undang berkaitan cukai hasil daripada siasatan perniagaan pesanan melnya.
Sharlotte Hydorn, 93, pesara guru sains di sekolah awam, mengaku tidak mengisi borang cukai tahun 2007 hingga 2010 di mana menurut pegawai penyiasat, kira-kira tujuh pelanggannya telah menggunakan kit pengasfiksiaan untuk membunuh diri.
Sharlotte, yang rumahnya digeledah oleh ajen kerajaan pada May lalu berkata, kit ‘bunuh dirinya’ adalah untuk membantu pesakit teruk yang mahu mati dengan cara bermaruah.
Menurut pendakwa raya, dia menjual kira-kira 1,300 kit sepanjang tempoh empat tahun dan setuju unutk berhenti membuat dan menjual kit sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan bersalahnya.
Kit itu dijual dengan harga AS$60 (RM188) termasuk tatacara penggunaan dan penghantaran. Ia mengandungi hud plastik yang dililit di leher dan satu salur daripada tangki gas helium atau gas lengai lain yang boleh digunakan untuk membunuh diri.
Peguam Wilayah San Diego, pihak satu lagi yang terlibat dalam penyelesaian itu, bersetuju tidak akan mendakwa Sharlotte atas enam kematian yang diketahui di wilayah itu.
Sherlotte mengaku menjual kit itu, selama 20 tahun di bawah jenama ‘GLADD’ yang membawa maksud ‘Glorious Life and Dignified Death’ tanpa membuat pemeriksaan pembeli yang memesan kit itu. Dia mendakwa dia tidak mendapat untung tinggi hasil penjualan kit itu. – Reuters

Category: ,

Entry Yang Menarik