Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)

Video Pengumuman Istimewa Yusri & Lisa

Arif Jemali | Sabtu, Disember 24, 2011 |


Mengakui hati masing-masing terpaut selepas perkenalan selama setahun menerusi BBM (Blackberry Messenger), penyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, Yusry Abd Halim dan aktres jelita Lisa Surihani akhirnya telah mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana.
 
Pengumuman istimewa daripada pasangan romantis ini telah diadakan di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya.

Dihadiri oleh oleh kedua ibu bapa Yusry, Encik Abdul Halim dan isteri, puan Zarina Fenner disertai abang sulung, Norman Abd Halim serta ibu Lisa, puan Siti Amira Ahmad, terdahulu Yusry mengumumkan pada malam semalam keluarga Yusry telah bertandang ke rumah Lisa untuk menghantar tanda.
Walaubagaimanapun, Yusry menjelaskan majlis serba sederhana namun penuh adat itu secara teknikalnya bukanlah majlis pertunangan, hanya sebagai simbolik bahawa dirinya sudah ‘booking’ si dara sunti. Baca lagi mengenai persedian majlis perkahwinan mereka di ohbulan

Tip untuk bakal Raja Sehari  ingin tampil menarik di hari persandingan
Bagi mereka yang tidak hadir dimajlis pengumuman itu, bolehlah ke link video dibawah

Category:

Entry Yang Menarik