Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)

Lawak Kasar Azwan…Nak Bakar Umi, Rejam Saiful!

Arif Jemali | Isnin, Januari 09, 2012 |


Lawak Kasar Azwan...Nak Bakar Umi Dan Saiful!


Sejujurnya penulis menghormati karier seni lelaki bernama Azwan Ali ni.
Daripada hanya pengacara rancangan, dia bertatih menjadi penerbit hiburan tersohor TV3 sebelum menjadi penerbit di syarikatnya sendiri.
Dia juga bukan calang orang, ada kelulusan undang-undang Universiti Malaya lagi.
Tetapi makin lama, Azwan yang dulunya seorang pengacara macho bertukar macam pengacara dua alam pula jadinya.
Tapi tak mengapalah, itu hal dia…masing-masing punya personaliti yang tersendiri dan siapalah kita untuk menilainya.
Namun satu perkara yang nampaknya Azwan perlu lihat kembalilah ialah ‘kegemarannya’ dalam ‘melaser’ seseorang.
Tabiat ‘melaser’ ini pula bukan hanya di mulut, tapi dah berjangkit dalam penulisannya sekali.
Dulu kita sering dengar yang kononnya bila balik dari Mekah, dia akan buang segala benda negatif itu tapi nampaknya belum ada kesungguhan daripada Azwan dalam soal itu.
Terbaru dalam lawan twitternya.
Kita sedia maklum betapa bencinya Azwan terhadap kakak kandungnya si Ummi Hafilda itu, begitu juga pada Saiful Bukhari Azlan, lelaki yang sebelum ini dikaitkan dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tetapi yang mengejutkan, si Azwan ini sanggup menulis sesuatu yang jelas berbau ugutan dan boleh diambil tindakan undang-undang.
Antaranya;
Slm. Jommm CEKUP si Bapok lahanat SAIFUL BUKHARI AZLAN? Kita REJAM idup idupppppppp,
Slm. Lets cEKUP juga si BETINA NERAKA Ummi, Kasi REJAM hidup-hidup! Bako mayat diaaaaa
Penulis mungkin silap tetapi kenyataan itu terang-terangan boleh disabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Tidaklah diketahui sama ada Azwan benar-benar bermaksud sedemikian atau hanya buat lawak…tetapi kalau hanya nak buat lawak ternyata lawak itu sungguh kasar bunyinya.
Dan sebagai orang yang ada latarbelakang undang-undang, Azwan tentu tahu apa yang penulis maksudkan.
Maaf sekiranya apa yang penulis tulis ini akan mengguris hati Azwan, ini hanya pandangan, jangan penulis pula yang nak DIBAKO sudah le ye – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Category: ,

Entry Yang Menarik