Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)

Mau Join Apex Fan Club? Bayar RM250!

Arif Jemali | Isnin, Januari 09, 2012 |


Mau Join Apex Fan Club? Bayar RM250!



Rasanya tiadalah ahli sukan yang lebih ‘famous’ dan glamour dewasa ini kecuali penjaga gol kebangsaan kita, Khairul Fahmi Che Mat.
Dia bertunang, heboh satu Malaysia…apatah lagi bila dia putus tunang.
Lebih kecoh bila kisah ‘skandalnya’ terdedah dalam internet.
Khairul Fahmi yang dikenali sebagai Apex juga menjadi rebutan majalah-majalah yang ada di pasaran.
Mungkin disebabkan itu, sebuah kelab peminat ditubuhkan atas namanya iaitu Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM).
Namun yang membuatkan penulis tersedak, mereka yang berminat perlu membayar sebanyak RM250 untuk menjadi ahli kelab tersebut!
Mereka dibawah 18 tahun pula RM150.
Difahamkan setiap penyertaan akan disediakan sijil penyertaan, baju kelab, topi, pelekat kereta dan insuran perlindungan diri.
Penulis tak tahulah sama ada penubuhan kelab itu dibawah pengetahuan Apex atau tidak tetapi rasanya yuran itu agak tinggilah.
Zaman sekarang ini kerajaan dah suruh kita berjimat cermat tau.
Tetapi penulis yakin, bagi peminat yang ‘hardcore’, RM500 pun mungkin mereka sanggup.
Apapun diharap janganlah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas populariti Apex itu.
Dan Apex sendiri, sekiranya dia memang setuju dengan penubuhan kelab ini, diharap dapatlah berbuat sesuatu agar yuran itu dapat direndahkan lagi.
Tapi kalau dia sendiri pun beriya-iya nakkan RM250, nak kata apa lagikan? – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Category: , , , ,

Entry Yang Menarik