Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)

MOL Paypal-Visa

Arif Jemali | Khamis, Januari 19, 2012 |



Tergerak untuk saya menulis artikel pantas ini setelah mendapat tahu apa yang ditawarkan oleh Paypal-MOL ada satu-satu revolusi yang sangat tepat pada masanya dalam era globalisasi terutamanya zaman dimana kebanyakan transaksi dilakukan dihujung jari(melalui mouse click).
Zaman dimana ramai orang semakin sedar akan kepentingan transaksi atas talian, jual beli internet, keperluan atau peluang yang ada pada kuasa internet, kuasa menjual dan membeli. Peluang ini sama sekali telah diambil oleh pihal MOL(Money Online) apabila mereka bekerja sama dengan Paypal bagi mewujudkan satu Kad Visa yang memudahkan proses jual beli di internet.
Apa/Siapa Paypal? Paypal ialah sebuah badan/syarikat terbesar dunia yang menyediakan perkhidmatan pembayaran digital diinternet dan ianya diguna pakai oleh ramai usahawan, dari sekecil-kecil usahawan menjual keropok diinternet sehinggalah Syarikat gergasi luar negara.
Ianya adalah satu alternatif terbaik berbanding penggunaan terus Kad Kredit untuk membeli produk atau perkhidmatan diinternet. Kita masih perlukan kad kredit/debit/prepaid Visa/Mastercard, tetapi kita hanya memberi maklumat kad tersebut sekali sahaja iaitu kepada Paypal semasa kita membuat akaun Paypal. Maklumat kad kredit itu kemudiannya digantikan dengan hanya sebuah alamat email, email yang kita guna semasa mendaftar Paypal. Dengan hanya menggunakan alamat email tersebut kita boleh membuat transaksi jua beli dilebih berjuta “kedai online”, atau mana-mana syarikat yang menerima bayaran “paypal”. Lebih lanjut mengenai Paypal boleh pergi ke laman mereka di www.Paypal.com
Siapakan MOL? MOL atau Money Online dibawah syarikat MOL AccessPortal Berhad di Malaysia adalah salah sebuah syarikat internet yang terbesar bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia Tenggara. Seperti Paypal, MOL AccessPortal juga menyediakan perkidmatan sistem pembayaran internet. Namun MOL menyedari akan pengaruh Paypal sebagai salah satu pilihan utama usahawan/peniaga diinterent justeru itu mereka telah membuat kerja sama bagi mengintegrasikan sistem antara mereka dan mengeluarkan satu sistem yang memudahkan pengguna di Malaysia khususnya. Maka dengan itu lahirlah Paypal-MOL.
The Digital Card? Paypal-MOL adalah gabungan hasil usaha sama antara Paypal dan MOL. Mereka juga bekerja sama dengan EON bank tempatan bagi melengkapkan sistem perbankan disini. EON bank adalah bank yang dilantik khas bagi mewujudkan sistem Kad Prepaid Visa Paypal-MOL atau lebih dikenali sebagai “The Digital Card”. Melalui kad ini pengguna boleh melakukan Debit dan Kredit antara akaun Paypal dan MOL. Anda boleh memindahkan wang anda kedalam akaun Paypal, atau dari Paypal ke akaun MOL melalui Kad ini (Reload/Withdraw).
Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan perkidmatan Paypal-MOL?Syarat-syarat untuk mendapatkan The Digital Card (Visa Prepaid Card Paypal-MOL) adalah seperti berikut : 1. Terbuka untuk warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 70 tahun sahaja. 2. Anda perlu mendaftar dahulu akaun Paypal Malaysia jika anda mahu membuat pendaftaran Paypal-MOL sendiri. Boleh membuat pendaftaran Paypal terus di http://www.Paypal.com/my 3. Anda pelukan Nama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan/Pasport (Salinan kad pengenalan/pasport diperlukan semasa mendaftar) dan Alamat tetap(Alamat rasmi/surat menyurat) yang sah dan sama semasa mendaftar Paypal dan The Digital Card. Ini adalah antara syarat utama permohonan, jika ada sebarang tambahan kami akan kemaskini kemudian.
Cara/Bagaimana mendapatkan/daftar Paypal-MOL. Ada beberapa cara untuk mendaftar Paypal-MOL dan mendapatkan The Digital Card Visa Prepaid. Antaranya ialah :- 
1. Melalui Cawangan EON Bank. Saya rekomen cara ini sebab kita bukan sahaja boleh buat akaun Paypal-MOL dengan segera tetapi kita boleh terus bertanyakan persoalan mengenai penggunaan dan apa juga yang berkaitan dengan sistem tersebut.
2. Melalui laman sesawang www.Paypal-MOL.com. Masuk ke alamat web ini link,kemudian klik menu “APPLY NOW” dan klik pada pautan “Register” dan isi borang yang disediakan dengan lengkap. Cara ini lebih kepada mereka yang sudah biasa dengan permohonan secara online/internet.
3. Melalui kedai 7-Eleven yang terpilih. (Paypal-MOL masih belum edar borang di 7-Eleven-3Ogos2010) Anda boleh mendapatkan borang pendaftaran di kedai 7-Eleven terpilih yang menjual “Welcome Pack” Paypal-MOL. “Welcome Pack” Paypal-MOL mengandungi Kad prepaid visa dan borang permohonan yang perlu anda hantar bagi mengaktifkan akaun tersebut.
Selepas card anda active
Buka link dan log in id anda.Selepas itu jika seperti ini,card anda sudah active :)

Tips dan Pendapat Pada pendapat saya, ini adalah satu-satunya kad prabayar visa yang rasmi(offcial) yang diterima pakai oleh Paypal. Maka tidak akan ada lagi timbul isu atau masalah mengenai kebolehgunapakai kat tersebut dalam apa jua aktiviti Paypal seperti menggunakan kat tersebut sebagai pilihan pembayaran didalam Paypal ataupun sebagai pilihan untuk mengeluarkan duit dari Paypal.
Jika sebelum ini saya menyarankan kad debit Public Bank sebagai alternatif terbaik untuk diintegrasikan dengan Paypal, kini kad “The Digital Card” dari Paypal-MOL.com adalah terbaik.
Saya akan tambahkan lagi tip-tips Paypal-MOL ini dari masa kesemasa.
Dengan adanya card ini,boleh la shopping ONLINE! =D

Paypal yg sudah active:
Transaction History saya:



=P

Category: , , , , , , , , ,

Entry Yang Menarik