Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)

Contohi Peribadi Nabi Muhammad S.A.W. – Agong

Arif Jemali | Sabtu, Februari 04, 2012 |


PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah menyeru umat Islam supaya mencontohi keunggulan peribadi Nabi Muhammad S.A.W. ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang hebat dan menjadi contoh teladan kepada dunia.
Seri Paduka bertitah untuk mencapai kegemilangan itu, umat Islam perlu memperbetulkan tasawur Islam dalam kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.
“Konsep hidup sebagai hamba dan khalifah Allah serta bekerja atau berniaga sebagai ibadah merupakan perkara asas yang perlu dihayati supaya impak terhadap keunggulan agama Islam dapat dirasai secara global,” titah baginda semasa merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1433 Hijrah di Masjid Putra di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Tuanku Abdul Halim bertitah perjuangan Rasulullah S.A.W. selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah telah berjaya mendidik, memimpin serta membawa umat Jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat Islam yang memiliki keimanan yang kental dan ketinggian ilmu yang membanggakan.
“Kegigihan Nabi Muhammad S.A.W. dilihat berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zaman itu mahupun di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin serta zaman sesudahnya sehingga mampu mencipta satu tamadun gemilang, di mana kita mendengar Islam berjaya memimpin hampir tiga perempat dunia,” titah baginda.
Baginda berharap umat Islam di negara ini memahami dan menzahirkan wawasan yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. melalui al-Quran dan wawasan itu perlu dijadikan tonggak memupuk semangat persefahaman dan persaudaraan dan perpaduan semasa Islam dan bukan Islam, supaya rangkaian sosial yang mantap dapat diwujudkan ke arah peningkatan daya saing dan daya tahan umat Islam.
Titah baginda umat Islam juga perlu mempertingkatkan penghayatan terhadap al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. sehingga menjadi ummah yang bersatu padu serta sentiasa mapan mendepani cabaran semasa.
“Laksanakanlah tanggungjawab itu dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya untuk mencapai perpaduan, ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan yang jitu,” titah baginda.
Pada sambutan bertemakan ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ kali ini, seramai sembilan individu menerima anugerah sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan dengan penerima Anugerah Perdana ialah Mufti Negeri Pulau Pinang yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Sahibus Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad.
Penerima lain ialah Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa Toh Puan Wan Asiah Ahmad, mantan Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Kelantan Abdul Razak Mat Saat dan Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia Ir Dr Muhammad Fuad Yeoh.
Selain itu Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn Bhd Shah Kirit Kakulal Govindji; bekas Johan Qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa Datuk Rogayah Sulong; mantan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang Abdul Majid Abdul Hamid; Ketua Masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Kala, Gombak Hussein Ngahyin serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Kedah yang mendapat 9A dalam PMR 2011 iaitu Muhammad Hadi Darus.
Terdahulu pada majlis itu sebanyak 121 kontinjen yang disertai lebih 12,000 peserta terdiri daripada penjawat awam, badan berkanun, pertubuhan swasta, pelajar dan badan bukan kerajaan berarak sejauh 2.4 kilometer bermula dari perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya hingga ke Masjid Putra di sini sambil berselawat ke atas Rasululullah S.A.W. – BERNAMA

Category: ,

Entry Yang Menarik