Web Domain

product 1

Kepada sesiapa yang ingin membeli 'Domain' untuk blog/website lain.Untuk Blogger 10 USD (RM30) Boleh deal disini.

Blog Setup

product 1

Dengan serendah RM60, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Anda hanya tinggal post kan entri sahaja.

Blog Contoh

product 1

Untuk melihat contoh blog yang telah membeli domain,boleh lihat disini.(RM30/Year)

Hukum Memakai Jersi Kelab Manchester United

Arif Jemali | Jumaat, Februari 10, 2012 |


Hukum Memakai Jersi Kelab Manchester United
Seperti mana gambar di atas, itulah jawapan ustaz azhar..dan bagi pandangan aku sendiri, jawapan yang ustaz bagi tu adalah tentang sokongan kepada permainan pasukan manchester united..dan walaupun kita tahu nama gelarannya adalah red devils, ianya tidak bermaksud kita seperti menyokong syaitan atau perkara yang salah..sebaliknya kita hanya menyokong permainan bola sepak pasukan manchester united sahaja..
Bila aku baca komen-komen di bawah ada di antara mereka yang bertanya tentang hukum memakai jersey manchester united pula..aku pun cuba lah google untuk mendapatkan kepastian tentang hukum memakai jersey manchester united ini sebab aku pun ada dua tiga pasang kat dalam almari tu..
Aku terjumpa satu artikel ini yang ada membuat ulasan mengenai hukum pemakaian jersey manchester united tersebut..boleh rujuk di sini. [Red Devil, Jersi Bola, Salib & Hukum Fiqh] oleh ustaz dr zaharuddin abd rahman.
Sebagai kesimpulan aku ambil satu keratan artikel tersebut tentang pendapatnya mengenai pemakaian jersey manchester united :
Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.
Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.
Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.
Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.
Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.
Berdasarkan kesimpulan yang dibuat penulis tersebut..
Manakala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.
Tetapi ada satu artikel yang dipetik daripada akhbar kosmo(artikel tahun 2010) menjelaskan tentang hukum pemakaian jersey yang ada lambang syaitan adalah haram.[rujuk sini]
Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Dan dalam salah satu video ceramah ustaz azhar pula ada menjelaskan tentang hukum pemakaian jersey yang berlambangkan syaitan ni..[ link video : rujuk minit 0:59]
Ustaz azhar ada jelaskan, yang pemakaian jersey yang ada lambang syaitan macam jersey manchester united itu harus kalau lambang tersebut kecil dan tak nampak rupa bentuk boleh,tapi kalau jelas nampak sepertinya kita mengiklankan lambang syaitan tersebut..dan seeloknya di buang lambang tersebut daripada jelas kelihatan di jersey.
Hukum Memakai Jersi Kelab Manchester United
Dan begitu juga dengan jersey yang mempunyai lambang salib seperti barcelona,portugal,dan penajaan syarikat arak juga adalah haram berdasarkan ceramah ustaz azhar tersebut..

Category: ,

Entry Yang Menarik